Wednesday, December 7, 2011
Jawatan Kosong
Sejajar dengan pengembangan operasi kami, kami memerlukan beberapa orang Marketing/Sales Executive untuk pembukaan kedai di Muadzam Shah, Pahang yang dijangka awal Februari.
Siapa-siapa berminat boleh contact kami di 0139991991 atau emel resume ke mfa.warisan@gmail.com
Komisyen, elaun, dan pokok menarik.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, November 18, 2011
Toyota Harrier vs Viva 850
Persoalannya, selepas 1 tahun lebih pakai Harrier, kenapa aku perasan yang sekarang anda selalu balik kampung naik Viva ek?
Jawabannya cukup senang, antara empat ni je;
1. Saje je, suka hati aku la. Keta aku.
2. Harrier kena tarik kantoi 3 bulan tak bayar.
3. Roadtax harrier belom sambung gile mahal insuran dia.
4. Harrier eksiden.
Tapi jawapan no. 1 tu tak logik la, dah ada prime car yang gah, mestilah pakai yang best ye dak?
Untuk nombor 2, 3 dan 4 itu macam ye kan? Hahaha
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, November 13, 2011
Jawatan Kosong
2. Pemandu Lori 1 tan
Lokasi Kemamang, Ganu
Segera call 09-8584398
Dah macam agen kerja plak aku ni.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, November 11, 2011
11.11.11
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, November 6, 2011
Salam Iduladha
Wednesday, October 26, 2011
Tandas Aku, suka hati aku la.
Next, anda (pemilik) tengah berak sambil lepak-lepak dalam tandas syok-syok, tiba-tiba ada orang ketuk sambil bebel lama nya anda guna tandas. Pastu kata anda berak batu la sembelit la buasir la dari luar.
Anda nak kata ape?
Aku? Aku diam je sambil buat posting ini. Hahaha...
Agak-agak dia dah terberak terkencing dalam seluar baru aku keluar. Kalau cakap lelok takde masalah, aku tau kau desperate. Hahaha...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, October 24, 2011
Dear Budak-budak Kerteh...
Lu tak puas ati, jom face to face tengok sape ade telor 2 biji. Ni style keja orang tadak telor ni.
Lepas lu baca mesej ni, jom kita face to face depan Balai Polis Kerteh, in case lu main kasar bawak geng ke ape ke.
Oh bai de way, polis bahagian forensik bukit aman dah jumpa cap jari lu kat 4 batang paku yang lu cucuk kat keta BMW525i gua. Siap kain kapan la lu nanti SWAT team pegi ambush umah lu, pastu tembak telor lu, oh lupa lu tadak telor... Hahaha...
Lu memang DEM....
Astaghfirullah....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, October 6, 2011
Tuesday, October 4, 2011
Bertelur
Patutnya tulis ROTI CANAI TELUR, bukannya ROTI CANAI BERTELUR...
Kuning juga aku.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, September 28, 2011
Anak Jantan Gua dah jalan!!!
Semalam kat open house pengasuh dia, selamba dia jalan-jalan dengan yakin, nak jatuh, dia stop dan balance kan diri, after balancing dah ok, dia sambung melangkah.
Lagi 2 minggu Aaqif dah boleh berjalan sendiri kat Mesra Mall tanpa ayah dukung-dukung atau naik stroller.
Oh lupa bagitau, Aaqif baru berusia 8 bulan.
Anak kau?
Tuesday, September 27, 2011
Perempuan
Ustaz masa sekolah menengah selalu berkata, "Perempuan Islam, kalau bertudung belum tentu baik, tapi kalau perempuan Islam tapi tak menutup aurat, terang lagi bersuluh (konferm) tak baik nya".
Itu aku pegang, yang ustaz kata.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, September 21, 2011
Tuak!
Faham?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Movie Review: Hantu Bonceng
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, September 19, 2011
Selamat Hari Raya, Selamat Menyambut Kemerdekaan, dan Selamat Hari Malaysia.
Sungguh lama tak update. Sangat-sangat sibuk. Maaf ye semua. Banyak kerja dan projek yang masuk,
Alhamdulillah...
Insyaallah lepas ni aku rajin-rajin update.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, August 26, 2011
PM Jepun resign
Thursday, August 25, 2011
Beratur tukar duit raya not RM1
"Tukar duit raya bang..."
"Hihi...Nasib baik aku bagi duit raya pakai online transfer, tak payah beratur panjang bagai nak tukar duit...kah..kah...kah..." bisik brader kerek di dalam hati.
Tuesday, August 23, 2011
Movie review: Flypaper
Tp memang best gaban cite dia. Tak rugi pergi panggung wayang dalam bulan Ramadhan. Macam aku, tengok je astro first, ape la sangat RM15 tengok wayang, boleh baring golek-golek ke tandas sesuka hati gelak kuat-kuat.
Oleh itu marilah kita merebut ibadah malam seperti Tarawih di malam-malam terakhir Ramadhan ini.
Dah macam blog movie review la plak kan? Demmit...
Sunday, August 21, 2011
Bergurau
Keesokan paginya, "Abang ada cabut sarung bantal Aaqif ke?", tanya bini aku sambil menunjuk bantal saiz 1 kaki setengah kaler oren.
Sumpah bukan aku yang buka. Bantal tu berzip dan agak sukar untuk di cabut. Aku pandang Aaqif. Aaqif pandang aku sambil sengeh. Bini aku berulang kali menegaskan, "Bukan saya yang cabut. Tak ada niat pun nak cabut".
Kami bingung dan kaget.
Tak kan aaqif kot cabut.
Aku syak ade yang nak bergurau ni...
Kan?
Friday, August 5, 2011
Review: Senario Ops Pocot.
Untuk pendapat bebas aku, Senario Ops Pocot adalah suatu filim yang tidak berbaloi untuk ditonton seisi keluarga. Just another piece of crap from David Teo Metrowealth.
Masa aku kecik-kecik sekolah rendah dan menengah, aksi Kumpulan Senario ni memang sangat dinantikan. Tapi yelah, ibarat kata orang tua kelapa tak selalu muda, dah tua jatuh lah ia. Begitu juga senario. Aku dah mula muak dengan lawak diorang. Mungkin otak aku dah disaji dengan lawak generasi baru kelahiran raja lawak. Mungkin.
Apa-apa hal, Senario, Pengarah dan Penerbit perlu menggarap lebih banyak idea lawak dan bukannya lawak bodoh. Elemen cinta langsung tak perlu. Kesinambungan antara scene perlu di hebatkan lagi. Jangan terlalu rigid dengan tugasan Rela. Dan aku rasa pemilihan Rela sebagai penceritaan amat silap kerana sangat-sangat mencabar. Rela tak banyak isu yang boleh di garap, akan tetapi jika kena garapannya, tentu perfect!!
Papehal David Teo, itu cerita manyak bosan woo... Wa bagi lu 3 bintang out of 10. Sorry ha....
Friday, July 15, 2011
Pekak
Bas berhenti rehat. Makcik tu pandang dan senyum kat aku sambil bertanya kepada aku.
.....
Lalu aku menjawab dengan sopan, "Nak pergi Pasir Putih"
Mak cik tu pandang aku dalam-dalam.
"Mak cik tanyo pukul wapo doh?" makcik mengulang semula soalan dengan nada lagi keras....
Aku buat-buat sibuk main angry bird kat iPad2. Malas layan.
Yusoff Kerinting
Sunday, June 26, 2011
Thursday, June 2, 2011
Brand paling best setakat ni.
Tapi papehal, brand SUKAHATI memang true abes...
P s 1; kalo wat brand SUKATI ok gak.
Friday, May 20, 2011
Patin laut.
Dah tu ye tulis fresh from the sea tu kan?
Tuesday, May 17, 2011
Tahu ke?
Informatif sungguh blog aku ini.
Wednesday, May 11, 2011
Going Qatar.
Dia: Hah? Kenapa tiba-tiba??
Aku: Takdela, ade job kat sana.
Dia: Kalau takde pilihan lain, ikut la. Bila?
Aku: Takpela camtu. Err.. Bila ape?
Dia: Bila nak pergi la...
Aku: Owh... Baru tengok iklan jawatan kosong ni. Tak isi pun lagi.
Dia: Cis...
PS- Optimis itu perlu.
Sunday, May 8, 2011
Saturday, May 7, 2011
Hilang.
Pastu UV Filter plak hilang...
Pasni ape plak nak hilang ah?
Demmit...
Mak: Nasib baik konek kau tu tak boleh cabut, kalau boleh mak rasa harus hilang jugak tu....
Aku: Ha'ah la kan....
Thursday, May 5, 2011
Wednesday, May 4, 2011
Minyak Naik...AGAIN!!!!!!??
Thanx!! Yang penting kita enjoy....
Kah...kah...kah....
Akasia: Cinta Antara Kita
Pelakon: Puteri Sarah, Siti Alizad, Azizah Mahzan, Hairi Othman, Dynaz, Wati Elite, Hamidah Wahab, Ikram Dinzly, Norish Karman, Datuk Jalaludin Hasan, dan Zulhuzaimy.
TV3 7 malam
Cerita melayu, tipikal amat...
Tuesday, May 3, 2011
Mahligai: Biar Rahsia (episod 3)
Pelakon: Rusdi Ramli, Ijoy Azhari, Siti Fazurina, Irma Hasmie dan Fadhilah Mansor.
TV1, 9 malam.
Nampak style cerita melayu?
Memang melayu habis la...
Wednesday, April 27, 2011
Kadang-kadang lawak bodoh kena ada jugak.
Tiba-tiba muncul emel 'percuma' di Malaysia, tapi kena bayar plak... Memang demmit....
Sunday, April 24, 2011
Hidup kadang tak perlu Skema sangat..
Aku: Bagi sankuik laici se.
Dia: Sankuik laici takde dik, sirap laici, bandung laici, teh o laici dan laici ais ade la dik...
Aku: Kenapa plak takde?
Dia: Sebab takde dalam menu la...
Aku: Akak, saya bayar duit, sukati saya la nak minum air ape pun. Dah, cakap banyak tak mau, bagi milo ais laici se.
Dia: Milo ais laici tak ade la dik...
Aku: Akak ni memang demmit la...
Tuesday, April 19, 2011
Meng'MLM'kan Kismis Minda...
Roslan Khamis ni jenis kedekut amat. Walaupun Pengurus Pemasaran minta bajet sikit nak invest untuk buat iklan 5 saat dalam radio klasik nasional pun beliau tak luluskan. Prinsip Roslan Khamis senang, barang baik orang akan cari.
Bangang sungguh. Dah kalau orang tak tahu, camne nak cari.
Roslan Khamis memikir cara nak bagi produk jalan dengan modal yang paling ciput.
****
"Kau tengok friend kau dalam facebook ada berapa ramai? Beratus orang kan? Aku mintak kau cari 5 orang je, rekrut diorang jadi ahli then jual kismis minima 300 kotak sebulan. Sikit je 300 kotak sebulan, maknanya 10 kotak je sehari." Roslan tersengeh. Said tekun mendengar sambil mengunyah sekotak kismis minda.
"Kau bayang harga sekotak RM30, sebulan kau boleh dapat RM9000. Pergh, dasyat tu..." Roslan terus membakar Said yang sedang memamah kotak kismis, teruja gamaknye.
"Ok, aku on!!" jerit Said di tengah-tengah majlis merekrut ahli baru untuk program 'Menjadi Jutawan dengan Makan Kismis'.
Roslan Khamis yang berada di hujung dewan sedang tersengih. Modal sekotak kismis hanya RM1.50 tapi dia mampu mark up sampai RM30 sekotak dengan alasan kismis import. Roslan mencapai Belikberi nya dan mencari-cari nombor telefon Kamal yang merupakan seorang salesman Bentley. Roslan senyum lagi.
Sunday, April 3, 2011
Happy Ulangtahun Perkahwinan dinda.
Dah setahun kita berkahwin.
Kamu isteri yang terbaik.
Kamu mama kepada Aaqif yang terbaik.
Terima kasih untuk semuanya.
Saya cinta kamu sepenuh hati saya.
Maafkan kekurangan saya.
Friday, April 1, 2011
Harga Petrol RON97 Naik 20 sen SAHAJA!!!!
Tuesday, March 22, 2011
photography - updated
Sila la melawat jangan segan-segan atau malu-malu.
fark photography
Ok, access granted!!!
Monday, March 14, 2011
Saturday, March 12, 2011
Ulat.
"Bang, nak gi mana bang?" tanya seorang ulat dengan kerek. Aku tak layan. Aku angkat tangan tanda bantuan tidak diperlukan dan terima kasih. Aku tahu apa aku cari.
"Hek-eleh, orang tanya tak nak jawab plak." sound ulat tersebut.
Aku panas. Aku buat u-turn 180 darjah ke kanan dan balas sound, "Gua nak pegi Bandar Tun Razak Pahang, lu ade tiket?"
Ulat itu terkulat-kulat, "Abang try cari kat kaunter Maraliner kat hujung sana ye."
"Hah, memang gua cari Maraliner pon, lu tak bagitau pun gua tau. Kan dah bazir masa gua layan lu. Air liur gua pun bazir jugak. Tu tak kira kalori yang dah terbazir lagi." gua terus blah cari maraliner.
Wednesday, March 9, 2011
Tua nye aku.
Dan umur organ aku ialah 51 tahun!!! Demit, sesuatu mesti dilakukan.
Sunday, March 6, 2011
Friday, February 18, 2011
Shopping time.
Serius.
*Sekian ambo ripok secaro lasung dari ranta panje
Thursday, February 17, 2011
Pengenalan.
Aku tanya rakan sebaya aku masa tu cara nak buat pengenalan. Bukan tak faham cikgu ajar, cuma kurang faham. Lalu rakan sebaya aku menerangkan, "Ala, pengenalan tu macam mana kau kenalkan diri", jawab rakan sebaya acuh tak acuh.
Senang nye.
.......
Nama saya Muhammad. Saya tinggal di kampung alor dalam daerah kuala terengganu. Saya merupakan anak pertama kepada ayah dan emak saya. Hobi saya ialah membaca dan bermain. Saya lahir pada 9.9.85.
"Fakhruddin, ape kaitan pengenalan awak dengan tajuk karangan 'Saya sebuah buku'?", tanya cikgu BM kuat-kuat.
Nasib baik rakan sebaya datang sekolah jalan kaki, kalau naik beskal aku dah bakar tayar beskal dia sambil gelak kuat-kuat..hahahaha.
Wednesday, February 16, 2011
Akibat Malas
Nampak yang saya higlight tu? Tu akibat malas update blog la tu. Viewer menurun dengan selamba betul. Kena cari alternatif lain ni bagi up balik viewer.
I pun...
I memang bukan pembersih pun Ummi Nazeera...
Wednesday, February 9, 2011
Hensem pun susah gak
Suami: Kalau abang kurus, jadi hensem macam Shaheizy Sam, ramai orang nak ngorat, siapa susah? Susah sayang jugak nak bermadu kan?
Isteri: Erm... Kalau camtu, abang terus la lagi gemuk. Huhu...
Suami: Heh.
Sibuk yang amat.
Sekian sahaja alasan saya malas update blog.
Tuesday, January 25, 2011
Friday, January 14, 2011
Nilai RM10.
2. Lunch $5 + Dinner $5 (bujang)
3. Isi minyak kereta
4. Cuci gambar $0.40 x 25 keping
5. Masuk tandas $0.20 x 50 kali
6. 5 botol air mineral besar dan 10 botol mineral kecik.
7. 10 pasang stokin yang harga $1 satu.
8. Tiket Air asia pergi Bali (kalo ade offer)
9. Buat beli BlackBerry curve, pastu pandai-pandai la tambah berapa lagi tak cukup
10. Beli CD lagu cetak rompak
11. Beli tiket wayang hari rabu, belen beli air ngan pop corn
12. Bayar zakat fitrah time ramadhan belen 3 ringgit wat beli air tebu buat buka
13. Bagi derma kat orang buta sambil cakap, "Acik, ni saya bagi derma duit kaler merah ni tau"
14. Beli eskrim korneto-walls-inikah-cinta-hotak-kau sebanyak 4 batang
15. Boleh beli baby wipes jenama anakku harga RM10
Itu lah banyak nya nilai RM10. Faham ke tak ni?
Day 13
Monday, January 10, 2011
Dan Pemenangnya ialah... (drum roll)....
Memberi nama kepada anak sendiri adalah perkara yang amat sukar bagi memandangkan nama itulah yang akan dibawa sepanjang hayat dan termasuk ketika dihisab kelak. Membuat peraduan memberi nama anak adalah suatu platform aku mencari idea atau cetusan idea bagi memilih nama yang sesuai dan hebat bagi anak sulung kami ini.
Enuff membebel, juri of three (my mom, my wife and I) telah bersetuju untuk memberikan nama........
(drum roll....)
(drum roll.... again)
(drum roll.... and again)
Tada!!!
MUHAMMAD AAQIF RAZIN
Memandangkan tiada pemenang utama, jadi aku memutuskan untuk bagi consolation prize kepada semua participant contest aku ini.
Kepada cik farah (underthesky), cik suria (soleil_m), encik hamzah ian, encik fitri ezwan, cik ayarasmin, cik qishie, cik faxxi, siti hawa, dan puan zuera sila PM via facebook or gmail no.akaun CIMB sahaja. Akaun bank lain kita bincang semula yek.
Thanx korang. Sayang korang. Muax....
Love,
FARK!