Wednesday, February 9, 2011

Sibuk yang amat.

Lately, aku sibuk. Sibuk dengan baby Aaqif, sibuk jaga mama Aaqif, dan.... Ok, tu je yang buat aku sibuk. Bunyi macam sikit je sibuk, tapi disebab baby Aaqif meragam tahap 'merah' sampai kadang-kadang darurat diisytihar di satu atau dua tempat, memang boleh miss mandi dan makan la. Tu tak campur siri TV yang miss. Oh... minggu lepas aku cuti tanpa gaji seminggu, nasib bos tak bagi memo. Dan cuti tanpa gaji, maknanya budget bulan depan haruslaah burst yang amat.

Sekian sahaja alasan saya malas update blog.

No comments: