Tuesday, April 19, 2011

Meng'MLM'kan Kismis Minda...

Roslan Khamis melihat bisnes kismis mindanya kurang menjadi. Berkontena lagi kismis yang baru sampai dari Iran, tersadai di kawasan gudangnya, belum ada orang beli.

Roslan Khamis ni jenis kedekut amat. Walaupun Pengurus Pemasaran minta bajet sikit nak invest untuk buat iklan 5 saat dalam radio klasik nasional pun beliau tak luluskan. Prinsip Roslan Khamis senang, barang baik orang akan cari.

Bangang sungguh. Dah kalau orang tak tahu, camne nak cari.

Roslan Khamis memikir cara nak bagi produk jalan dengan modal yang paling ciput.

****

"Kau tengok friend kau dalam facebook ada berapa ramai? Beratus orang kan? Aku mintak kau cari 5 orang je, rekrut diorang jadi ahli then jual kismis minima 300 kotak sebulan. Sikit je 300 kotak sebulan, maknanya 10 kotak je sehari." Roslan tersengeh. Said tekun mendengar sambil mengunyah sekotak kismis minda.

"Kau bayang harga sekotak RM30, sebulan kau boleh dapat RM9000. Pergh, dasyat tu..." Roslan terus membakar Said yang sedang memamah kotak kismis, teruja gamaknye.

"Ok, aku on!!" jerit Said di tengah-tengah majlis merekrut ahli baru untuk program 'Menjadi Jutawan dengan Makan Kismis'.

Roslan Khamis yang berada di hujung dewan sedang tersengih. Modal sekotak kismis hanya RM1.50 tapi dia mampu mark up sampai RM30 sekotak dengan alasan kismis import. Roslan mencapai Belikberi nya dan mencari-cari nombor telefon Kamal yang merupakan seorang salesman Bentley. Roslan senyum lagi.

2 comments:

Anonymous said...

lama betul aku x bukak blog ko ni.maseh macam dulu.lawak ko dah tahap maharaja wei.boleh masuk ML ni..

suka entri nih..tapi kenapa macam tergantung jer?

fark said...

thanx aya... nnti aku smbung yek...