Sunday, August 21, 2011

Bergurau

Malam itu kami tidur seperti biasa. Aaqif di 'kandang' dengan bantal-bantal yang agak banyak. 6 biji semuanya. Kerana Aaqif tidur buas. Bergerak-gerak. Kalau tak dikandang, esok pagi Aaqif kat bawah katil la jawabnya.

Keesokan paginya, "Abang ada cabut sarung bantal Aaqif ke?", tanya bini aku sambil menunjuk bantal saiz 1 kaki setengah kaler oren.

Sumpah bukan aku yang buka. Bantal tu berzip dan agak sukar untuk di cabut. Aku pandang Aaqif. Aaqif pandang aku sambil sengeh. Bini aku berulang kali menegaskan, "Bukan saya yang cabut. Tak ada niat pun nak cabut".

Kami bingung dan kaget.

Tak kan aaqif kot cabut.

Aku syak ade yang nak bergurau ni...

Kan?

No comments: