Friday, August 5, 2011

Review: Senario Ops Pocot.

Jika anda yang belum menontonnya, anda cukup bertuah kerana tidak membazirkan RM8.00 di panggung wayang atau RM15.00 di Astro First.

Untuk pendapat bebas aku, Senario Ops Pocot adalah suatu filim yang tidak berbaloi untuk ditonton seisi keluarga. Just another piece of crap from David Teo Metrowealth.

Masa aku kecik-kecik sekolah rendah dan menengah, aksi Kumpulan Senario ni memang sangat dinantikan. Tapi yelah, ibarat kata orang tua kelapa tak selalu muda, dah tua jatuh lah ia. Begitu juga senario. Aku dah mula muak dengan lawak diorang. Mungkin otak aku dah disaji dengan lawak generasi baru kelahiran raja lawak. Mungkin.

Apa-apa hal, Senario, Pengarah dan Penerbit perlu menggarap lebih banyak idea lawak dan bukannya lawak bodoh. Elemen cinta langsung tak perlu. Kesinambungan antara scene perlu di hebatkan lagi. Jangan terlalu rigid dengan tugasan Rela. Dan aku rasa pemilihan Rela sebagai penceritaan amat silap kerana sangat-sangat mencabar. Rela tak banyak isu yang boleh di garap, akan tetapi jika kena garapannya, tentu perfect!!

Papehal David Teo, itu cerita manyak bosan woo... Wa bagi lu 3 bintang out of 10. Sorry ha....