Thursday, October 21, 2010

Tandas Eksklusif

Nak masuk, kena booking 5 hari awal. Receptionist dia, pakai sexy gila babi. Kalo takat firefly punya FA, bungkus awal la firefly. Mula-mula sampai depan hall dia, ada car jockey in case kamu bawak kereta. Kalau bawak beskal dia tolong parking kan la.

Lepas tu receptionist akan confirmkan booking, samada kamu nak berak, kencing or mandi. Bayar sebelom masuk. 50 je. Kalau takde booking, kena bayar 500. Lepas dapat nombor bilik, akan ade orang teman sampai depan pintu bilik tandas eksklusif. Teman sampai depan pintu sahaja. Hal sembelit, sendiri urus la yek.

Dalam tandas ada sistem penghawa dingin. Hot & cold water system. Tandas luas. Ada kerusi malas untuk baring-baring jap. Ada audio & video system. Boleh tengok tv time berak dan tidak ketinggalan, beberapa naskah surat khabar yang sentiasa ditukar selepas setiap kali dibaca oleh orang. Bab bau, takde bau langsung sampai kamu lupa kamu tengah dalam jamban.

Dah siap urusan, akan ada awek teman korang jalan keluar. Pergh.... Amacam imajinasi aku. Bagus?

2 comments:

Zaini said...

gua pernah terjumpa tandas eksklusif. rm5 per entry.

fuuuuuuuuuuuuuuuu.

faRk said...

haha...memang demit la...kalo terkincit rela kemut balik...hahaha