Friday, October 22, 2010

Liyas.

Liyas memulakan bicara, "Anak aku yang sulung yang keja petronas tu, baru je naik pangkat jadi manager kat miri. Bukan senang nak naik pangkat. Dia je orang melayu yang pernah lulus exam tu. Gaji dah 5 angka dah tu."

"Owh yeke.....", aku cuba mengikhlaskan diri mendengar cerita.

Liyas sambung lagi, "Malam tadi anak nombor dua yang jadi pakar bedah kat negeri 9, telefon mengadu letih. 24 jam on call. Nak buat camne doktor pakar memang sibuk camtu. Tapi gaji memang banyak la. Nak angkat BMW da dengar cite. Keta saya, dia yang beli dan bayar."

"Oh ye.", padahal dalam hati: ade aku kesah? Anak liyas ada lagi 2. Aku kena tahan.

Liyas tak peduli yang telinga aku dah bernanah dengar cerita dia, "Yang kerja Pegawai IT tu selalu suruh pegi umah dia. Dia nak balik sibuk. Biasa la pegawai. Bawah dia ada 3 orang teknisyen. Susah nak handle orang ni. Minggu depan nak amik keta baru plak tu".

Telinga aku menanah dengar cerita besar diri liyas, setiap kali jumpa. Dem.

*****

Siap la kamu affiq. Papa nak kamu jadi Perdana Menteri. Lepas SPM terus amik ijazah keperdana menterian kat UPM tahu. Jadi perdana menteri lepas grad. Boleh papa bangga sikit. Okeh?

*****

"Eh liyas, Perdana Menteri Malaysia tu anak aku. Petang ni dia balik Terengganu naik jet peribadi. Kamu nak mintak sain ape-ape surat sokongan untuk anak kamu jemput datang umah yek. Bukan orang lain pun PM tu. ANAK AKU JUGAK liyas oi..." tutur ku sambil memecut laju nissan fairlady meninggalkan liyas terkial-kial atas motor honda wave 100cc nya.

Dari kejauhan aku nampak telinga liyas bernanah sambil berdarah dari side mirror HD nissan fairlady aku.

Moral: Allah benci orang berlagak.

7 comments:

IMANIS AINI said...

Hahaha... Affiq kene blajar sungguh demi cita2 papa.. cian2

faxxi said...

sape la liyas ni.hahaha

faRk said...

imanis ~ sian kan?lahir pon blom...haha

faxxi ~ ada la hamba allah tu.

faxxi said...

liyas...liyas...

ayarasmin said...

Oh I like this entry.mana button like??

faRk said...

xde button like, cukup la sekadar ckp LIKE~~

Anonymous said...

UPM = universiti Perdana Menteri??? dem...