Wednesday, November 24, 2010

Celah mana?

Jam 7 sampai 5 aku kerja. Setiap hari kecuali jumaat. 6 hari seminggu. Tu pun kalau tiada on call hari jumaat.

Balik kerja dah letih, lepak-lepak dan mesra-mesra dengan wife (tu pun nak kena bagitau ke?). Tu mau lajak sampai maghrib kalau takde tugasan lain seperti berkebun dan mesen rumput atau kopek kelapa.

Malam pulak dah tentu nak kena tengok TV, surf internet, beribadat di sepertiga malam dan tido.

........

Sekarang korang bagitau aku, celah mana masa aku ada nak attend wedding photoshoot atau photoshoot awek-awek cover majalah?

Tu belum ada anak lagi.

Letak kamera kat mudah.my jela kan?

3 comments:

under the sky said...

jangan!! xdan pgg lg kamera tu

faRk said...

bila blik kang kita gi photoshoot nk? untuk cover majalah wanita...hahaha

wardrobe n makeup, sindri2 jela kan?

nadiahmad said...

jgn letak kt mudah! sedekeah kat saya yg memerlukan je la;p