Sunday, October 31, 2010

Pagi Yang Hujan! (Bacaan Dewasa)

Terengganu sekarang berada di musim winter. Chewah.... Air turun setiap hari. Adakala lebat, adakala renyai-renyai. Pagi tadi, air turun dengan lebat. Sejuk sampai ke tulang sum-sum. Camne rupa sum-sum tulang, silalah Google sendiri yek.

Sebagai lelaki berkahwin, pagi-pagi begini amat syahdu kalau isteri tercinta ada kat sebelah time terjaga dari tido tapi,

...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


...


....bini aku kat Klang, ape ade hal.So, bangun awal-awal pegi keja jela. Rezeki murah kalau pegi kerja awal. Korang ape tau?..isk...isk...isk...

Friday, October 29, 2010

Langkah Pertama.

Sebelum membeli DSLR kamera, maka perlu belajar dulu okeh.

Sony alpha 390 ok ke tak?

Thursday, October 28, 2010

Semoga Allah Merahmati Ibu Bapa Mereka.


Kerajaan tak nak gubal dasar ' Kutip remaja tak berakhlak, hantar jihad kat Palestine ke?'

Kalau kutip semua tu, cukup satu ketumbukan tentera kot. At least, mati kamu adalah shahid, bukan mati babi.

Terbang!!! (part 2)

Adik: Along, nak landing ni. Camne?

Aku: Erm....sepanjang along main flight simulator ni tak pernah berjaya landing lagi la rasanya. Selalu terbabas jek. Ala, bukan ade orang mati pun.

Adik: (dalam hati: ape ke bebal kapten tau nak takeoff jek. Landing tak pandai. Padan la aku tengok dia pandai main takeoff jek)

Terbang!!! Yosh.....

Adik: Along, ni camne nak terbang ni?

Aku: Camni, mula-mula start enjin.

Adik: Ok, dah.

Aku: Ok, kita check benda basic. Minyak, ekor boleh goyang, wiper (ade ke?), signal ke (ok, ini mengarut), pastu call ground untuk inform nak takeoff.

Adik: Ok, dah. Kena contact tower plak kan?

Aku: Yup. Contact tower untuk kebenaran takeoff. Pastu full speed, terus la terbang. Tayar jangan lupa simpan. Ok? Ni nak ke mana kita?

Adik: Pergi Sultan Mahmud airport.

Aku: Ok, kau handle la ye. Nak g dapur jap cari makanan. Ade pramugari takleh harap.


P.s. Amacam kerjaya baru aku? Kapten kapal terbang....hehe.

Tuesday, October 26, 2010

Car Review: Honda City 1.5 E i-Vtec

Syok, best, superb dan memeningkan!!!

Sunday, October 24, 2010

Mari Menari.

Umah kamu ada astro? Kalau ada, kamu tengok program Mari Menari?

Ok, kamu bagitau saya 100 sebab bagaimana program tu akan kurangkan anak luar nikah.

Lepas tu, bagi 100 output program tersebut yang akan menaikkan taraf ekonomi nelayan pesisir pantai.

Lepas tu bagi 100 ciri-ciri program tersebut yang akan menyumbang kepada peningkatan keimanan dan akidah setiap mukmin di Malaysia waima di seluruh dunia.

Lepas tu bagi lagi 100 sebab kenapa ada manusia yang baghal sangat memekik melolong kat set program tersebut.

Kalau tak boleh bagi jawapan, jangan harap aku nak tengok program bodoh tu. Kalau aku tengok pun sebab nak tengok lisa surihani je. Huh.

Saturday, October 23, 2010

Biar la. Keja diorang...

Masa sekolah menengah dulu, aku menunggang motor ke sekolah. Suatu hari aku terlambat. Kena tahan ngan pengawas yang jaga pintu pagar. Dia catat nama aku. Aku relax sahaja. Senyum. Bagi kerjasama. Dah kerja diorang. Nak buat camna.

*****

"Encik tahu apa salah encik?" tanya uncle berbaju putih seluar hitam.

"Tahu tuan. Ni IC ngan lesen saya. Mintak maaf la tuan, lenkali saya tak buat dah" aku cuba merayu.

"Maaf ye encik. Saya cuma buat kerja saya. Encik sedar kan encik memotong lori tu kat garisan berkembar?"

So, nak buat camne. Dah kerja dia saman orang. Redha jela 3rat terbang. Demit!!!!

Bapak mu?

6 januari 2017

Cikgu: Affiq, ayah kamu keja apa? Cikgu nak isi dalam borang ni.

Affiq: Ruang untuk isi tu banyak ke sikit?

Cikgu: Aik? Kamu tanya cikgu camtu kenapa?

Affiq: Kalo ruang nak tulis tu kecik, cikgu tulis la ayah saya kerja sendiri.

Cikgu: Kalo ruang tulis nya luas?

Affiq: Ayah saya keja tolong nenek jaga restoran, tapi ayah saya juga jurutera berdaftar dengan BEM dan IEM dan dia kerja ngan sebuah kontraktor sebagai engineer. Kadang-kadang ayah saya juga buat part time buat cost estimation untuk projek-projek private. Kalau dia tak sibuk, dia jadi runner untuk orang daftar perkeso atau kwsp. So camne?

Cikgu: So, saya tulis keja sendiri la kan?

Friday, October 22, 2010

Liyas.

Liyas memulakan bicara, "Anak aku yang sulung yang keja petronas tu, baru je naik pangkat jadi manager kat miri. Bukan senang nak naik pangkat. Dia je orang melayu yang pernah lulus exam tu. Gaji dah 5 angka dah tu."

"Owh yeke.....", aku cuba mengikhlaskan diri mendengar cerita.

Liyas sambung lagi, "Malam tadi anak nombor dua yang jadi pakar bedah kat negeri 9, telefon mengadu letih. 24 jam on call. Nak buat camne doktor pakar memang sibuk camtu. Tapi gaji memang banyak la. Nak angkat BMW da dengar cite. Keta saya, dia yang beli dan bayar."

"Oh ye.", padahal dalam hati: ade aku kesah? Anak liyas ada lagi 2. Aku kena tahan.

Liyas tak peduli yang telinga aku dah bernanah dengar cerita dia, "Yang kerja Pegawai IT tu selalu suruh pegi umah dia. Dia nak balik sibuk. Biasa la pegawai. Bawah dia ada 3 orang teknisyen. Susah nak handle orang ni. Minggu depan nak amik keta baru plak tu".

Telinga aku menanah dengar cerita besar diri liyas, setiap kali jumpa. Dem.

*****

Siap la kamu affiq. Papa nak kamu jadi Perdana Menteri. Lepas SPM terus amik ijazah keperdana menterian kat UPM tahu. Jadi perdana menteri lepas grad. Boleh papa bangga sikit. Okeh?

*****

"Eh liyas, Perdana Menteri Malaysia tu anak aku. Petang ni dia balik Terengganu naik jet peribadi. Kamu nak mintak sain ape-ape surat sokongan untuk anak kamu jemput datang umah yek. Bukan orang lain pun PM tu. ANAK AKU JUGAK liyas oi..." tutur ku sambil memecut laju nissan fairlady meninggalkan liyas terkial-kial atas motor honda wave 100cc nya.

Dari kejauhan aku nampak telinga liyas bernanah sambil berdarah dari side mirror HD nissan fairlady aku.

Moral: Allah benci orang berlagak.

Thursday, October 21, 2010

Tandas Eksklusif

Nak masuk, kena booking 5 hari awal. Receptionist dia, pakai sexy gila babi. Kalo takat firefly punya FA, bungkus awal la firefly. Mula-mula sampai depan hall dia, ada car jockey in case kamu bawak kereta. Kalau bawak beskal dia tolong parking kan la.

Lepas tu receptionist akan confirmkan booking, samada kamu nak berak, kencing or mandi. Bayar sebelom masuk. 50 je. Kalau takde booking, kena bayar 500. Lepas dapat nombor bilik, akan ade orang teman sampai depan pintu bilik tandas eksklusif. Teman sampai depan pintu sahaja. Hal sembelit, sendiri urus la yek.

Dalam tandas ada sistem penghawa dingin. Hot & cold water system. Tandas luas. Ada kerusi malas untuk baring-baring jap. Ada audio & video system. Boleh tengok tv time berak dan tidak ketinggalan, beberapa naskah surat khabar yang sentiasa ditukar selepas setiap kali dibaca oleh orang. Bab bau, takde bau langsung sampai kamu lupa kamu tengah dalam jamban.

Dah siap urusan, akan ada awek teman korang jalan keluar. Pergh.... Amacam imajinasi aku. Bagus?

Tuesday, October 12, 2010

Kepada Rashid Salleh

Kamu tengok sukan komanwel?

Aku tengok yang kat Astro Arena tuh. Ala...hos dia Rashid Salleh tu. Tau?

Masa tu acara Memanah Wanita. Wakil negara tengah main. Tapi kalah...

Aku tak leh blah la muka Rashid ulas cakap malaysia kalah. Over reaction.

Sumpah macam peserta Malaysia mati kena panah.

Macam umum esok tak jadi raya ye jugak.

Kalah tak dapat gangsa je pun. Kalah kalu cuba lagi lenkali yek.

Downy...

Kamu tahu iklan downy? Tak tahu? Sila click sini.

Emak aku terpengaruh sangat dengan iklan. Nak jugak dia pakai downy.

Kami ke sabasun, tempat kami shopping grocery. Kami cari downy merata-rata tempat.

Pastu terpandang satu papan pemberitahuan yang downy di boikot sebab produk amerika or israel, aku tak pasti.

Mak: Takpelah takde downy kat sini. Cari kat pasaraya yang ada jual la.

Aku pasrah...

Monday, October 4, 2010

***Updated*** Pertandingan "Bagi Nama kepada Anak Aku"

Aku dan isteri sudah buntu mencari nama untuk hero sulung kami. Tobat kami dah buntu. Dah banyak buku kami cari. Dalam Al-Quran pun dah selak. Banyak kali lebai Google kami tanya. Pakcik wikipedia pun kami da cari. Masih, kami buntu dalam mencari nama anak. Bukan tak jumpa, cuma takde ape yang serasi ngan jiwa kami dan keluarga kami.


So, korang tolong bagi cadangan sikit. The more the merrier kan dia punya idea. So, sila bagi idea kamu semua mengikut kriteria di bawah yek.


1. Nama untuk baby boy.


2. Nak nama gabungan 2 nama. Nama depan kami kalau boleh nak AFFIQ. Nama belakang korang bubuh la supaya padan sikit dengan nama AFFIQ. Kalo tanak pakai nama Affiq pun boleh je or nak letak nama affiq kat belakang pun boleh. Contoh: Ahmad Affiq. Kami tak berkenan nama ni. 


3. Mak saya pulak kalau boleh nak nama MUHAMMAD ZUHDI. Kalau boleh adjustkan nama ini sekali. Contoh; AFFIQ ZUHDI, tapi kami kurang suka gabungan ini.


4. Nama rekaan digalakkan mempunyai antara item 2, dan 3. Tak nak pakai or 100% lain pun takpe tapi nak nama bermula dengan A!.


5. So, korang reka la nama yang sedap, serasi dan opkos mempunyai maksud yang bagus. Yang paling penting memuaskan hati semua pihak.






Hadiah nye RM 50 CASH!!!!


Setiap penyertaan layak untuk 1 cabutan bertuah iaitu hamper Pampers PetPet Newborn. Ok tak lawak. Aku bagi RM10.


HANTAR SEBERAPA BANYAK NAMA YANG ANDA SUKA!!!!! PASTIKAN BEST YEK....


Submit nama yang dicadangkan dengan comment entry ini dan kepil nama blog korang juga supaya aku bleh jenguk blog korang. Tak ada blog pon boleh.


Contest tutup bila nama yang sesuai kami terima.


Selamat mencuba. Sekian