Friday, August 26, 2011
PM Jepun resign
Thursday, August 25, 2011
Beratur tukar duit raya not RM1
"Tukar duit raya bang..."
"Hihi...Nasib baik aku bagi duit raya pakai online transfer, tak payah beratur panjang bagai nak tukar duit...kah..kah...kah..." bisik brader kerek di dalam hati.
Tuesday, August 23, 2011
Movie review: Flypaper
Tp memang best gaban cite dia. Tak rugi pergi panggung wayang dalam bulan Ramadhan. Macam aku, tengok je astro first, ape la sangat RM15 tengok wayang, boleh baring golek-golek ke tandas sesuka hati gelak kuat-kuat.
Oleh itu marilah kita merebut ibadah malam seperti Tarawih di malam-malam terakhir Ramadhan ini.
Dah macam blog movie review la plak kan? Demmit...
Sunday, August 21, 2011
Bergurau
Keesokan paginya, "Abang ada cabut sarung bantal Aaqif ke?", tanya bini aku sambil menunjuk bantal saiz 1 kaki setengah kaler oren.
Sumpah bukan aku yang buka. Bantal tu berzip dan agak sukar untuk di cabut. Aku pandang Aaqif. Aaqif pandang aku sambil sengeh. Bini aku berulang kali menegaskan, "Bukan saya yang cabut. Tak ada niat pun nak cabut".
Kami bingung dan kaget.
Tak kan aaqif kot cabut.
Aku syak ade yang nak bergurau ni...
Kan?
Friday, August 5, 2011
Review: Senario Ops Pocot.
Untuk pendapat bebas aku, Senario Ops Pocot adalah suatu filim yang tidak berbaloi untuk ditonton seisi keluarga. Just another piece of crap from David Teo Metrowealth.
Masa aku kecik-kecik sekolah rendah dan menengah, aksi Kumpulan Senario ni memang sangat dinantikan. Tapi yelah, ibarat kata orang tua kelapa tak selalu muda, dah tua jatuh lah ia. Begitu juga senario. Aku dah mula muak dengan lawak diorang. Mungkin otak aku dah disaji dengan lawak generasi baru kelahiran raja lawak. Mungkin.
Apa-apa hal, Senario, Pengarah dan Penerbit perlu menggarap lebih banyak idea lawak dan bukannya lawak bodoh. Elemen cinta langsung tak perlu. Kesinambungan antara scene perlu di hebatkan lagi. Jangan terlalu rigid dengan tugasan Rela. Dan aku rasa pemilihan Rela sebagai penceritaan amat silap kerana sangat-sangat mencabar. Rela tak banyak isu yang boleh di garap, akan tetapi jika kena garapannya, tentu perfect!!
Papehal David Teo, itu cerita manyak bosan woo... Wa bagi lu 3 bintang out of 10. Sorry ha....