Tadi nya majlis bermula meriah dengan berbalas pantun 15 kerat, kini menjadi semakin hambar dengan masing-masing hanya berbalas pantun 2 kerat. Semua gara-gara mak limah, emaknya si Lisa Surihani yang meletak wang hantaran sebanyak RM10,000. Dah la mintak wang hantaran tinggi, mintak pulak Mercedes sport sebijik untuk diri dia. Pastu tak bleh nego langsung.
"Pergi kedai beli kerang, Takkan tak boleh kurang." Pantun wakil pihak lelaki cuba nego sikit-sikit.
"Anak india main galah, kalau tak mampu sila blah", Mak limah menambah sakit hati pihak lelaki.
Tiba-tiba fahrin selaku bakal pengantin lelaki bangun, "Kalau tetap juga 10 ribu, baik saya tambah lagi 4 ribu, saya cari awek maghribi, harga berpatutan, budi pekerti tinggi, pandai jaga makan minum saya, lagi cantik dari si lisa surihani tu." Lalu fahrin keluar dari rumah mak limah dan meluru ke rumahnya yang bersebelahan rumah mak limah lalu ke komputernya dan search 'gadis maghribi' di enjin carian google. Puas hati beliau.
Mak limah tepuk dahi. Lisa Surihani menangis tak berlagu.
2 comments:
senang cari bini cun....harap2 leh google, nak cari hasben hensem :P
try search google. hehe
Post a Comment