Friday, December 31, 2010
Thursday, December 30, 2010
Bertahanla sayang.
False 'alarm' dah banyak kali termasuk pagi ni tapi 'alarm' yang betul-betul, belum lagi. Risau la ayah.
Bersabarla ye Muhammad, ayah tahu kamu dah tak sabar melihat dunia dan menerokainya tapi kamu keluar la 01.01.2011 ye. Nanti IC kamu chantek, 110101-11-xxxx. Hehehe...
Love,
~Ayah~
Wednesday, December 22, 2010
Being a good dad.
- Lalu aku menyuap makanan.
"Ayah, Muhammad nak pegi main kat taman"
- Lalu aku setia menemani Muhammad kat taman.
"Ayah, Muhammad rasa macam nak makan Burger M la"
- Lalu kami ke Mekdonal makan burger.
"Ayah, Muhammad demam la"
- Lalu aku ke klinik mencari penawar.
"Ayah, Muhammad nak bayar yuran sekolah"
- Lalu aku menandatangan sekeping cek sambil meminta nombor telefon guru kelasnya yang cun itu.
"Ayah, Muhammad nak Nikon D3S"
- Lalu aku menampar Muhammad. Ayah kau pakai D3100, kau ada hati nak pakai D3S. Dah, pegi main masak-masak dengan Zara.
P.S. Eh Muhammad, bila kamu nak keluar? Kesian sangat dah ayah tengok mama kamu tu. Sarat benar. Huhu...
Tuesday, December 21, 2010
Monday, December 20, 2010
Monday, December 13, 2010
Terapung
"Cantikkan gambar ni? Mesti fotografer nye pon hensem macam tom cruise kan?" ujar Lisa Surihani kepada Liayana Jasmay.
"Yeah, gambar dah lawa, apatah lagi fotografer nya. Oww..." balas Liyana.
............
Sunday, December 12, 2010
Alternatif Baru...
Tadi nya majlis bermula meriah dengan berbalas pantun 15 kerat, kini menjadi semakin hambar dengan masing-masing hanya berbalas pantun 2 kerat. Semua gara-gara mak limah, emaknya si Lisa Surihani yang meletak wang hantaran sebanyak RM10,000. Dah la mintak wang hantaran tinggi, mintak pulak Mercedes sport sebijik untuk diri dia. Pastu tak bleh nego langsung.
"Pergi kedai beli kerang, Takkan tak boleh kurang." Pantun wakil pihak lelaki cuba nego sikit-sikit.
"Anak india main galah, kalau tak mampu sila blah", Mak limah menambah sakit hati pihak lelaki.
Tiba-tiba fahrin selaku bakal pengantin lelaki bangun, "Kalau tetap juga 10 ribu, baik saya tambah lagi 4 ribu, saya cari awek maghribi, harga berpatutan, budi pekerti tinggi, pandai jaga makan minum saya, lagi cantik dari si lisa surihani tu." Lalu fahrin keluar dari rumah mak limah dan meluru ke rumahnya yang bersebelahan rumah mak limah lalu ke komputernya dan search 'gadis maghribi' di enjin carian google. Puas hati beliau.
Mak limah tepuk dahi. Lisa Surihani menangis tak berlagu.