Tuesday, November 30, 2010

Minyak naik harga.

Ron 97 punya harga naik 15 sen menjadikan harganya RM2.30/liter. Takpelah, naik lah harga. Kami rakyat tak kesah. Malah kami suka. Dengan semua barang naik harga, sekarang naik lagi harga minyak, lagi kami gembira dengan 'insentif khas' tersebut. Alhamdulillah.

Thanx najib.

XoXo....

Friday, November 26, 2010

Sate Sedap!!

Masa aku pegi hanya ada stall. Sate nya tiada. Takpelah...

Wednesday, November 24, 2010

Celah mana?

Jam 7 sampai 5 aku kerja. Setiap hari kecuali jumaat. 6 hari seminggu. Tu pun kalau tiada on call hari jumaat.

Balik kerja dah letih, lepak-lepak dan mesra-mesra dengan wife (tu pun nak kena bagitau ke?). Tu mau lajak sampai maghrib kalau takde tugasan lain seperti berkebun dan mesen rumput atau kopek kelapa.

Malam pulak dah tentu nak kena tengok TV, surf internet, beribadat di sepertiga malam dan tido.

........

Sekarang korang bagitau aku, celah mana masa aku ada nak attend wedding photoshoot atau photoshoot awek-awek cover majalah?

Tu belum ada anak lagi.

Letak kamera kat mudah.my jela kan?

Saturday, November 20, 2010

Bukan anak aku

Friday, November 19, 2010

Aww...


Right click kat gambar, pastu set as wallpaper. Dem smart n trendy abis la..

Hasil Kerja Beginner

Bunga 

 Belakang umah aku

Proton Lancer Inspira

Amacam?

Tuesday, November 16, 2010

Gambar Ihsan sini




Selamat Menyambut Hari Raya Idul Adha.

Monday, November 15, 2010

Hawaii Five-O


Seorang kawan saya telah mengetag saya didalam gambar kat fesbuk dan saya terus curi untuk menempel nya disini. Perghh....ni gambar zaman jepon baru mendarat ni weh.... hahhaa

Gambar ni di tangkap  di pukul di ambil ketika kami bersedia untuk satu pertunjukan fesyen.

Mana saya????

Hint: saya hawaian nye fesyen....

Ye..ye....saya tau....cukup..cukup...saya tau saya comel gile...dah dah la puji saya.... haha

(DODKL) Zaid dan angan-angan

Ada sorang tukang sapu area outlet aku ni, nama dia zaid. Zaid mempunyai lebih kurang 3 atau 4 orang anak. Oh ya, zaid juga mempunyai seorang isteri.
Dari segi fizikal, zaid sihat dan tidak cacat, cuma akal nya atau lebih tepat IQ nya tidak seperti orang normal yang lain. Lebih tepat lagi (tapi macam tak sopan pulak) bodoh.

Suatu hari zaid yang penat menyapu, mintak air kosong dari outlet aku. Bagi jela sedekah. Pastu zaid mula buka cerita. "Minggu depan aku nak pegi siam la, nak menikah ngan anak dara. Belanja RM4000. Duit ade dah, cuma masalah sikit nak keluar, kena pakai buku"

"Ape susah, duit ade, buku akaun ade, kasik keluar, pegi nikah. Semudah A B C." Aku taruk minyak kasi bakar zaid kaw-kaw.

Zaid tersentap. Dia tengok muka aku yang hensem. "Tapi tu la. Aku bukan ape nak menikah ni. Bini aku baru lepas operate beranak. Doktor pulak bagitau tak boleh 'bersama' bini selama setahun. Gila ape. Mau sangap nye aku" zaid cuba membuka pekung di dada.

"Kau nak kawin lain sebab tu jek? Cilakak. Anyway, anak dara gila mana nak ikut kau kawin kat siam? Da la tak mandi. Balik jaga anak la wei. Takkan tau buat jek", aku berleter macam aku plak ayah zaid.

"Kau budak-budak ape tau. Da kawin kang tau la." zaid cuba mempertahankan diri lalu blah. Dia tau bukan level dia nak debat dengan aku.

****

Dua tiga hari pastu, zaid datang semula; minta air. Aku tanya bila dia nak nikah, dia tak jawab. Marah le tu. Hahaha...

Saturday, November 13, 2010

Chinta Chandurry.

Masa tu aku dan isteri pergi lepak umah akak ipar kat area KEMENTAH. Mak mertua aku pun ada sekali. Mak mertua aku membebel pasal rumah orang sekarang tinggi-tinggi. Umah kami kat tingkat 4, dia gayat kalau pergi. Takut runtuh la, ape la.

"Ala mak, baru tingkat 4 dah bising, umah si Chinta tu lagi la tingkat 12" sound bini aku bagi mempertahankan diri. Mak mertua aku diam. Aku kaget.

"Chinta mana plak?" tanya aku.

"Ala, Chinta Chandurry dalam drama melayu pukul 6 setengah kat TV3 tu"
Aku pandang bini aku. Muka bini aku tenang tanpa rasa bersalah. Suci macam tiada dosa.

Aku menonong ke toilet, ambil wudhuk, terus solat istikharah 2 rakaat.

Wednesday, November 10, 2010

(DODKL) Harun Bangla

Original entry blog dari otak dan kepala lutut (DODKL), expot ke sini.

* entry ini ada carutan direct tanpa tapisan finas. Sila blah kalo anda belum cukup umur. *

Kat site aku ade sorang budak keja chainman nama harun. Harun seorang bangla. Nama penuh harun ar-rashid. Umur ikut paspot 25 tapi umur sebenar 17. Umur kasi tukar sebab mau datang kirja malaysia juga.

Harun budak baru. Cakap melayu tak pandai mana. Selalu belajar ngan mat-mat indon. Dia takde geng ngan bangla, budak-budak jambu macam harun bangla-bangla tua geram nak liwat. So dia di asingkan.

Satu hari kat kantin, aku tengah minum ngan supervisor. Aku minum air nescafe ais wat cicah roti kaya. Harun datang sengih-sengih sambil order makanan. Pastu aku dengar harun kena maki hamun dek mak cik kantin.

"Woit harun, meh sini kau" aku panggil harun. "Apasal la aunty tu marah kau?" sambung aku.

"Tada tau juga bos. Saya bili ini roti ini air, bagi duit, lepas saya cakap puki cantik, dia marah juga." harun menerangkan keadaan dengan penuh yakin.

Aku dan site supervisor tergolek-golek pecah perut. Air nescafe ais aku da wat cicah meja. Sialan betul, "Mana kau belajar?"

"Itu indon ajar bos. Apa salah saya bos?" harun mula rasa bersalah.

"Puki cantik tu kau nak kata ape?" site supervisor aku mencelah.

"Hah? Bos, saya mau cakap thank you juga. Melayu cakap ape bos?" harun semakin sedar kesalahan nya.

"Ape la bebal sangat indon tu. Thank you dalam melayu ialah PUKIMAK LU. Cakap kuat-kuat. Tau. Tapi sebab kau da salah ngan aunty tadi pegi SORRY dulu, cakap kat aunty tu, LANCAU. Faham?" panjang site supervisor menerangkan kepada harun dengan muka konfiden. Aku kat sebelah da bengkak jantung tahan gelak. Kesian pun ade.

"Lancau tadi aunty, saya mahu cakap pukimak lu juga."

Dari kejauhan aku dengar harun kena maki. Site supervisor aku da lari menyorok dalam opis awal-awal.

Mudah Beruk!!

Mudah.my ialah satu platform yang bagus untuk mengiklankan barangan yang korang nak let go dan mencari barangan terpakai atau baru dengan harga yang munasabah.

Korang boleh cari pakaian, kenderaan, spare part, barangan bayi, koleksi antik dan haiwan peliharaan. Aku biasa masuk mudah dan kereta myvi aku dapat pembeli melalui mudah. Terima kasih mudah.

Dan tadi, aku terjumpa benda paling rare dalam mudah. Aku fikir mungkin aku akan membantu jika tolong sama mengiklankannya disini; di blog paling tak best ini.

Nak beli beruk? ?? click sini. Beruk besar taw...

Beruk tu ape? Macam kucing la lebih kurang.

Monday, November 8, 2010

Nikon D3100



Nak amik gambar, bagitau aku.

Harga kita bincang secara anak beranak.

Sekian.




P.s. Nak kata Pro tu takde la. Tapi aku baru lepas baca manual la.

Saturday, November 6, 2010

Kelisa

Aku ade rasa nak usung jugak kelisa ni humban dari level 6 parking kat berjaya times square ni. Ajak wife aku usung tapi dia cakap takut terberanak.

Ape punya besar la parking space tu boleh dia parking camtu.

Ke reverse sensor dia rosak?

Demit.

Monday, November 1, 2010

OKU

Tak tahu menahu pulak aku yang OKU itu suatu kerjaya.