Thursday, October 4, 2012

Terkadang

Aku dalam kesempitan kewangan. Memerlukan dana yang agak besar untuk pengembangan operasi. Silap aku, buat kira-kira dalam keadaan ekonomi meleset.

Terpaksa buat paperwork yang banyak hantar kepada semua institusi kewangan. Susah.

Ada kawan masa sekolah kerja bahagian loan BIMB, pun tak boleh tolong. Usah berharap even kawan.

Ada customer tetap aku yang kerja bahagian loan CIMB, pun acuh tak acuh je tolong. Tiada harapan even kau datang kedai aku selalu aku bagi diskaun.

RHB, sebelum proses dah cakap susah. Cakap 1 minggu tau dah keputusan. Selepas 2 minggu diam, aku call dia, dengan senang hati dia cakap reject.

Maybank tengah proses. Harapan semacam tipis.

Affin bank dah datang buat site visit. Harapan masih ada. Tapi jangan terlalu berharap.

PUNB dah datang buat site visit, kena ke KL untuk interview pulak. Dengar cerita kena pergi 5 lagi sesi ceramah keusahawanan, itu belum tentu lulus.

Hong Leong, aku baru approach semalam. Exec dia positif. Dokumen nak kena submit. Tak salah mencuba.

Susah kalau kau bukan siapa-siapa. Melayu kalau bukan siapa-siapa memang susah nak naik. Encik Yusoff, tokey kilang n supplier aku cakap, sebelum kita berjaya memang susah nak dapat bantuan. Lepas kau berjaya, berduyun la nak bantu, diulangi, selepas kau berjaya.

Mengikut perkiraan aku, kalau tiada yang berjaya sebelum November, tiada yang berkata "PERMOHONAN ANDA BERJAYA", aku boleh muflis. Tapi adat la orang yang mengambil jalan yang mempunyai risiko yang sangat kejam dan dahsyat demi mengubah dan memajukan diri.

Kalau mak kau menteri, insyaallah RM1juta tu kecil punya hal. Sedang RM250juta pun sikit punya hal. Anak menteri kawin pun berjuta-juta.

Sekian dari insan yang tiada apa-apa yang terlalu berani mengambil risiko.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: