Brader Hutang Aku (BHA): Bos, jemput masuk dulu kita bincang.
Aku Yang Comel (AYC): Tak payah masuk-masuk duduk-duduk bagai. Aku datang nak ambil duit yang kau hutang.
BHA: Maafla saya dah mungkir janji, hari khamis depan saya bayar.
AYC: Dah empat kali khamis saya tunggu tau bang. Gini la, saya jumpa abang punya tauke, kita kira potong gaji abg jela senang. Boleh?
BHA: Eh, jangan la libat dengan ofis plak. Malu la saya camtu. Lagi pun hutang saya 200 je kan...
AYC: Oih, 200 pun duit tau tak? Aku kerja berpeluh basah baju tau tak, nak dapat ke 200. Nak dapat RM200, kena buat nasi goreng sea food 120 pinggan tau tak?
BHA: Ye bos, hari khamis ni saya setel ye.
AYC: Khamis ni aku datang amik RM200, takde kalu aku jumpa kau punya bos.
BHA: Eh jangan camtu bang...
AYC: Jumpa khamis ni. Cakap banyak takde.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment