Wednesday, April 27, 2011

Kadang-kadang lawak bodoh kena ada jugak.

Selama aku pakai emel ni, tak kira la google ke, yahoo ke, or apa2 lah, tak pernah plak kena caj or kena bayar setiap kali nak hantar atau terima emel.

Tiba-tiba muncul emel 'percuma' di Malaysia, tapi kena bayar plak... Memang demmit....

Sunday, April 24, 2011

Hidup kadang tak perlu Skema sangat..

Dia: Order air dik?

Aku: Bagi sankuik laici se.

Dia: Sankuik laici takde dik, sirap laici, bandung laici, teh o laici dan laici ais ade la dik...

Aku: Kenapa plak takde?

Dia: Sebab takde dalam menu la...

Aku: Akak, saya bayar duit, sukati saya la nak minum air ape pun. Dah, cakap banyak tak mau, bagi milo ais laici se.

Dia: Milo ais laici tak ade la dik...

Aku: Akak ni memang demmit la...

Tuesday, April 19, 2011

Meng'MLM'kan Kismis Minda...

Roslan Khamis melihat bisnes kismis mindanya kurang menjadi. Berkontena lagi kismis yang baru sampai dari Iran, tersadai di kawasan gudangnya, belum ada orang beli.

Roslan Khamis ni jenis kedekut amat. Walaupun Pengurus Pemasaran minta bajet sikit nak invest untuk buat iklan 5 saat dalam radio klasik nasional pun beliau tak luluskan. Prinsip Roslan Khamis senang, barang baik orang akan cari.

Bangang sungguh. Dah kalau orang tak tahu, camne nak cari.

Roslan Khamis memikir cara nak bagi produk jalan dengan modal yang paling ciput.

****

"Kau tengok friend kau dalam facebook ada berapa ramai? Beratus orang kan? Aku mintak kau cari 5 orang je, rekrut diorang jadi ahli then jual kismis minima 300 kotak sebulan. Sikit je 300 kotak sebulan, maknanya 10 kotak je sehari." Roslan tersengeh. Said tekun mendengar sambil mengunyah sekotak kismis minda.

"Kau bayang harga sekotak RM30, sebulan kau boleh dapat RM9000. Pergh, dasyat tu..." Roslan terus membakar Said yang sedang memamah kotak kismis, teruja gamaknye.

"Ok, aku on!!" jerit Said di tengah-tengah majlis merekrut ahli baru untuk program 'Menjadi Jutawan dengan Makan Kismis'.

Roslan Khamis yang berada di hujung dewan sedang tersengih. Modal sekotak kismis hanya RM1.50 tapi dia mampu mark up sampai RM30 sekotak dengan alasan kismis import. Roslan mencapai Belikberi nya dan mencari-cari nombor telefon Kamal yang merupakan seorang salesman Bentley. Roslan senyum lagi.

Sunday, April 3, 2011

Happy Ulangtahun Perkahwinan dinda.

( 3.4.10 - 3.4.11 ).
Dah setahun kita berkahwin.
Kamu isteri yang terbaik.
Kamu mama kepada Aaqif yang terbaik.
Terima kasih untuk semuanya.
Saya cinta kamu sepenuh hati saya.
Maafkan kekurangan saya.

Friday, April 1, 2011

Harga Petrol RON97 Naik 20 sen SAHAJA!!!!

Nasib baik kereta aku pakai air. Isi air paip sahaja dah boleh jalan.