Tuesday, March 22, 2011

photography - updated

Satu blog baru untuk tatapan semua. Sangat awesome la sangat. hehe.

Sila la melawat jangan segan-segan atau malu-malu.


fark photography

Ok, access granted!!!

Monday, March 14, 2011

Kami buat setiap hari.

Memang dahsyat!!!!

Saturday, March 12, 2011

Ulat.

Aku ke stesyen bas MBKT. Mencari tiket bas. Dengan langkah yang yakin, aku melilau mencari kaunter.

"Bang, nak gi mana bang?" tanya seorang ulat dengan kerek. Aku tak layan. Aku angkat tangan tanda bantuan tidak diperlukan dan terima kasih. Aku tahu apa aku cari.

"Hek-eleh, orang tanya tak nak jawab plak." sound ulat tersebut.

Aku panas. Aku buat u-turn 180 darjah ke kanan dan balas sound, "Gua nak pegi Bandar Tun Razak Pahang, lu ade tiket?"

Ulat itu terkulat-kulat, "Abang try cari kat kaunter Maraliner kat hujung sana ye."

"Hah, memang gua cari Maraliner pon, lu tak bagitau pun gua tau. Kan dah bazir masa gua layan lu. Air liur gua pun bazir jugak. Tu tak kira kalori yang dah terbazir lagi." gua terus blah cari maraliner.

Wednesday, March 9, 2011

Tua nye aku.

Tadi aku timbang, guna penimbang yang boleh tahu semua. Ye semua benda. Termasuk berat tulang, umur organ, body fat, air dalam badan, kalori konsamsyen, dan berat sepatutnya.

Dan umur organ aku ialah 51 tahun!!! Demit, sesuatu mesti dilakukan.

Samseng

ini pauh samseng kampung dusun.

Sunday, March 6, 2011

Tak rasa bersalah

Entah. Tak rasa bersalah pun tak update blog lama-lama.

Biasa jek.

Titik.