Sunday, August 26, 2012

Ungkit.

Eleh dia bagi subsidi (bukan duit kau pun sebenarnya) 55 sen pun nak heboh. Lain la kalau bagi subsidi 1.35 dan rakyat kena bayar 55 sen baru boleh bising laung RAKYAT DIDAHULUKAN!!!! Aku pun akan meloncat-loncat sambil memekik JANJI DITEPATI!!!!... Amacam?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 24, 2012

Sakit Gigi

Aku sakit gigi geraham. Pergi periksa di dentist, rupanya geraham bongsu hanya tumbuh separuh dan sedang memburuk kerana diabaikan.

Dentist bagi antibiotik, ubat tahan sakit dan ubat kurangkan bengkak. Lepas dah tak sakit, kena call untuk setup satu pembedahan membuang gigi yang diabaikan itu.

3 hari selepas, bengkak tiada, sakit tiada. Nak kena call dentist ke? Tak perlu dulu la. Sibuk. Lagi pun dah tak sakit.

Itu cerita 3 bulan lepas.

Cerita raya,

Hari raya pertama, serangan manja-manja.

Hari raya kedua, serangan agak intensif.

Hari raya ketiga sehingga hari ini, serangan bertali arus sampai tahap berdenyut otak.

Lalu aku ke dentist, dentist sengeh sambil asah parang. Lalu dentist bagi ubat tahan sakit, ubat surut bengkak dan antibiotik. Dentist sambung asah parang, "Nak operate gigi next patient ni", kata dentist sambil kenyit mata kat aku. "Bengkak abis kang datang taw, saya nak operate buang gigi tu, kang sakit plak lagi", sambung dentist lagi.

Alaa... Sayang nye nak buang gigi bongsu ni...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Cara Berniaga Jahanam.

Soalan: Durian ni berapa harga pakcik.

Jawapan: (Diam)

S: Ek-ehem, durian ni macam mana kira? Berapa harga?

J: Maaf la, kalau setakat nak tanya harga saya tak layan sangat.

S: Dah nak beli la saya tanya harga.

J: Orang nak makan durian tak berkira soal harga. Maaf la, awak pergi la beli durian kat tempat lain.

S: Owh camtu ek?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.