Friday, February 18, 2011

Shopping time.

Mengikut geng mak-mak dan makcik-makcik shoping tudung adalah perkara yang membosankan.

Serius.


*Sekian ambo ripok secaro lasung dari ranta panje

Thursday, February 17, 2011

Pengenalan.

Masa darjah-darjah, cikgu BM ajar buat karangan. Masa tu karangan tak kurang dari 80 patah perkataan, tu pun dah berdarah hidung dah time tu.

Aku tanya rakan sebaya aku masa tu cara nak buat pengenalan. Bukan tak faham cikgu ajar, cuma kurang faham. Lalu rakan sebaya aku menerangkan, "Ala, pengenalan tu macam mana kau kenalkan diri", jawab rakan sebaya acuh tak acuh.

Senang nye.

.......

Nama saya Muhammad. Saya tinggal di kampung alor dalam daerah kuala terengganu. Saya merupakan anak pertama kepada ayah dan emak saya. Hobi saya ialah membaca dan bermain. Saya lahir pada 9.9.85.


"Fakhruddin, ape kaitan pengenalan awak dengan tajuk karangan 'Saya sebuah buku'?", tanya cikgu BM kuat-kuat.

Nasib baik rakan sebaya datang sekolah jalan kaki, kalau naik beskal aku dah bakar tayar beskal dia sambil gelak kuat-kuat..hahahaha.

Wednesday, February 16, 2011

Akibat Malas


Nampak yang saya higlight tu? Tu akibat malas update blog la tu. Viewer menurun dengan selamba betul. Kena cari alternatif lain ni bagi up balik viewer.

I pun...

I pun bukan nye pembersih sangat. Baju tak basuh pon berlonggok kat bawah katil. Baju yang basuh plak berlonggok atas katil. Erm, gelas dan cawan plak bersepah dekat atas meja komputer.

I memang bukan pembersih pun Ummi Nazeera...

Wednesday, February 9, 2011

Hensem pun susah gak

Isteri: Abang, honey tengok abang makin gemuk la...

Suami: Kalau abang kurus, jadi hensem macam Shaheizy Sam, ramai orang nak ngorat, siapa susah? Susah sayang jugak nak bermadu kan?

Isteri: Erm... Kalau camtu, abang terus la lagi gemuk. Huhu...

Suami: Heh.

Sibuk yang amat.

Lately, aku sibuk. Sibuk dengan baby Aaqif, sibuk jaga mama Aaqif, dan.... Ok, tu je yang buat aku sibuk. Bunyi macam sikit je sibuk, tapi disebab baby Aaqif meragam tahap 'merah' sampai kadang-kadang darurat diisytihar di satu atau dua tempat, memang boleh miss mandi dan makan la. Tu tak campur siri TV yang miss. Oh... minggu lepas aku cuti tanpa gaji seminggu, nasib bos tak bagi memo. Dan cuti tanpa gaji, maknanya budget bulan depan haruslaah burst yang amat.

Sekian sahaja alasan saya malas update blog.