Friday, July 15, 2011

Pekak

Dalam bas, perjalanan ke Pasir Puteh. Seorang mak cik sebelah aku, orang kelantan aku syak sebab dia pakai jersi kelantan yang kalah piala FA tu. Tau? Ok, tipu sahaja. Makcik tu pakai baju kurung dan cakap dialek kelantang. Sebab tu aku tau dia orang kelantan.

Bas berhenti rehat. Makcik tu pandang dan senyum kat aku sambil bertanya kepada aku.

.....

Lalu aku menjawab dengan sopan, "Nak pergi Pasir Putih"

Mak cik tu pandang aku dalam-dalam.

"Mak cik tanyo pukul wapo doh?" makcik mengulang semula soalan dengan nada lagi keras....

Aku buat-buat sibuk main angry bird kat iPad2. Malas layan.

Yusoff Kerinting

Selepas cerita Minah Senget, Halimah Jongang, Fatimah Juling, Dollah Hapak, aku rasa cerita Yusoff Kerinting dah boleh stat penggambaran dah kot.